Sunday, June 19, 2016

i'm faded,so lost!



jika encik sue follow blog ini,lagu ini sangat memberi makna pada lia..

adakah hubungan kita ini hanya setakat alam maya?
adakah itu hanya imaginasi?
adakah itu hanya raksasa yang datang menyeksa hidup lia?
adakah encik sue bukan orangnya?
adakah lia hanya layak untuk berdiam dan teruskan mencari ketenangan?
adakah lia hanya perlu teruskan menangis sendirian?
adakah kenangan-kenangan kita itu hanya permainan sahaja?
adakah smiley-smiley itu raksasa yang menyeksa jiwa lia?


i'm faded,so lost...

Hampir setahun

sakit ini cuma Allah je yang tahu..
lia sayang dia tapi hanya mampu sayang dia sebagai kawan sahaja sebab dia memang betul2 dah ada kawan istimewa dia...

lia sebenarnya suka dan sayang kat dia,tapi lia nak fokus belajar...lia nak hold dulu dia..dah habis belajar baru fikir..macamtulah untuk meneruskan kisah cinta lia dan dia yang hanya bertepuk sebelah tangan.....walaupun sebenarnya hubungan kami ini masih tergantung sebab masing-masing masih diam..mungkin sebab Allah nak bagi masingmasing jaga hati..mungkin apa yang lia buat sebelum ini salah,tapi ternyata hanya untuk dia sahaja...
ni dah habis belajar,rasa rindu je..rindu yang tak tahu nak cakap ape...dan masih tertanya-tanya,adakah keluarga dia boleh terima seadanya atau hanya mampu tolak lia ketepi sahaja..katanya itu hanya sebuah lakonan...masih tak tahu lagi...apa yg penting lia hanya mampu mendoakan si dia dalam keadaan sihat sejahtera dan terbuka pintu hatinya...lia rasa dia ni lah orang selepas encik f,encik f pun lia dah ok dah nak lepaskan dia sebab dia dah dapat buah hati yyang dia nak...
harap encik sue tidak mengecewakan lia...lia tahu satu hari nanti encik sue mesti dapat baca artikel yang lia buat ni...lia buat ni semua untuk jaga hati,untuk sayang dia pada waktu yang tepat...pada waktu yang halal..
lia memang sebelum masuk upsi lagi lia memang nak ambik sekolah dato onn sebagai tempat praktikal tapi bila lia jejak kaki masuk dalam sekolah tu,rasa macam ada kat dalam dunia lain....semua orang seolah-olah mengenali lia...lia ada buat salah ke?lia rasa insecure dan tidak tenteram tambah pula orang tak habis-habis saiko lia...lia tak tahu nak luahkan pada siapa,lia hanya kuatkan hati untuk terus beribadah dan bersabar dengan ape yang orang kata...depressednya rasa sampai harini selagi tak jumpa encik sue...
dan akhir sekali jumpa dia,lia hanya mampu diam untuk mengelakkan pergaduhan...mengelakkan perang yang lebih besar berbanding sebelum ni...sebelum ni lia hanya mampu menangis sendirian sebab lepaskan dia,sebab tak hargai dia bila ada depan mata.sampailah satu hari diserang oleh perempuan taktahu mana dapat mana datang...datang serang,serang...bila lia tanya encik sue cakap ape,dia hanya cakap encik sue senyap je..maknanya encik sue ok je dia je yang melebih..
lia tak fikir pun lah dia siapa dan lia tahu encik sue hantar dia untuk lia bagitahu apa perasaan lia...
encik sue,kalau lia bagitahu pun encik sue mesti tak percaya...semoga encik sue terbuka pintu hati untuk lia....Persoalannya,kenapa encik sue taknak tanya direct pada lia dan kenapa kena bagitahu semua orang sedangkan itu rahsia antara kita berdua...

sob sob sob....keluar dah airmata bila ingat lia kena serang dengan orang yang lia sayang..
encik sue,lia sayang awak...lia rindu awak...lia rindu masa kita gembira dulu,masa kita main-main dulu...masa kita masing-masing jual mahal...encik sue orang first buat lia jatuh hati selepas encik f...
encik sue sorang je yang tahu cerita lia tu,mama and abah pun tak tahu yang lia dah break dengan encik f tu...encik sue,datang dalam mimpi,hampir setiap malam encik sue teman lia,waktu mimpi sakit waktu mimpi gembira...lia rasa encik sue dah macam sebahagian lia...encik sue,lia cuba cari kekuatan untuk bagitahu mama perkara sebenar...lia memang sayang kat encik sue,tapi lia cuma kawal hati sebab tu lia garang-garang and gaduh....lia bukan nak encik sue cari semua orang,libatkan semua orang dalam hal kita...macam hal dalam kelambu pergi bagitahu orang,patot ke?patot ke?
encik sue,lia tahu encik sue matang,encik sue pun tahu lia macammana kan...lia tahu sebenarnya hubungan kita akan okay sahaja kita lia tak memalukan encik sue...

encik sue,lia mintak maaf..lia janji lia takkan lukakan hati encik sue lagi...lia hilang semua semangat,lia memang nak encik sue je...lia tak sanggup nak kehilangan lagi sekali...cukuplah sakit itu sekali je...encik sue baik orangnya,encik sue seorang yang matang encik sue boleh pikul tanggunajwab tu..lia pasti cumanya lia sahaja yang tak ready sebab lia nak tunggu grad..tapi encik sue kalau nak tahu sem 8 ni lia memang takde semangat dan lia taknak jadi cikgu,lia nak jadi suri rumah je...sedangkan Nabi maafkan umat,takkan encik sue taknak maafkan lia...tolong faham lia nak fokus belajar walaupun dah tak boleh fokus...

encik sue,i miss u so much....

Thursday, March 24, 2016

Mimpi lagi

SubhanAllah.rasa macam besar sangat petunjuk yang allah bagi pada lia ini....sakit ini cuma Allah je yg tahu...lia asik mimpikan dia je,sampai sakit kepala...macammana nak kosongkan minda ni dari asik fikir je..penat lah..rasa macam nak p berubat islam...sakit sangat...semalam lia mimpi encik sue dh kahwin,tp bukan dengan lia...then lepas tu dy dtg cari lia balik untuk jadikan isteri kedua.ya Allah..berikanlah aku petunjukmu..berikanlah aku kesejahteraan......sesungguhnya aku buntu dengan semua ini,berikanlah aku kekuatan..bukakanlah pintu hati encik sue untuk mendekatiku...bukakanlah pintu hati keluarga dia...

Wednesday, March 16, 2016

Sakit itu cuma Allah sahaja tahu

Rasa seperti hilang arah.perasaan serba salah menghantui diri..serbasalah pada Allah...serbasalah pada semua orang...hanya Allah je yang tahu perasaan rindu ini,rahsia yang hanya Allah je yang tahu....hampir setiap malam,lia menangis....menangis kerana rasa bersalah pada Allah..sebab petunjuk dah ada,tapi lia masih belum cukup kuat untuk meluahkan...bukan perkara mudah,bukan perkara main-main...masing-masing belum ready,belum rasa tanggungjawab dan komitmen tu perlu diperbesarkan...tapi lia rasa seperti sudah tidak perlukan semua ini..yang lia mahu cuma bersama dia...selagi tidak bersama,selagi itu rasa bersalah menyelubungi.............

Till now,rasa diri ini dah tak boleh jadi lia yang sebelum ini,yang ceria yang kuat mental....sekarang rasa macam lemah longlai,mungkin sudah masa tapi pada dia.lia bukan itu dia..dan mungkin lia ini hanya membuang masa dia....
Ya Allah,bukakan pintu hati dia...